Etika Kerja Islam Sebagai Pembolehubah Penyederhanaan Terhadap Niat Untuk Melakukan Rasuah di Kalangan Penjawat Awam Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor [Islamic Work Ethic as a Moderating Variable Against the Intention to Commit Bribery]
Artikel ini merupakan kertas kajian mengenai pengaruh Etika Kerja Islam (EKI) terhadap niat untuk melakukan rasuah di kalangan penjawat di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor. Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu yang pertama adalah untuk menentukan EKI sebagai pembolehubah penyederhanaan (moderating variable) dalam hubungan antara faktor yang mempengaruhi dan niat untuk melakukan rasuah. Kedua adalah untuk mengenalpasti nilai yang terkandung dalam EKI yang dapat melemahkan niat seseorang untuk melakukan rasuah. Data kajian telah diperolehi secara kuantitatif melalui kaedah soalselidik dan kaedah kualitatif melalui temubual pakar. Data kuantitatif dianalisis menggunakan analisa deskriptif manakala data kualitatif melalui analisa tema dan corak. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa EKI merupakan pembolehubah penyederhanaan antara Faktor Dalaman dan Niat untuk melakukan rasuah. "Regression Coefficient" untuk Faktor Dalaman * EKI ke atas Niat Melakukan Rasuah adalah negatif, yang menunjukkan bahawa pembolehubah penyederhanaan (EKI) memberikan kesan yang melemahkan terhadap Faktor Dalaman ke atas Niat Melakukan Rasuah. Terdapat lapan nilai di dalam EKI yang dikenalpasti sebagai pembolehubah penyederhanaan dalam kajian ini iaitu Taqwa, Amal Saleh, al-Birr, al-Qist, Ihsan, Masuliyah, Ma'aruf, dan Itqan. Penghayatan, pemahaman dan pelaksanaan EKI secara menyeluruh dan konsisten mampu membentuk nilai kerohanian dalam diri penjawat awam seperti bertanggungjawab, berdedikasi dan amanah. Penghayatan terhadap nilai EKI akan mendorong seseorang untuk mengerjakan kebaikan dan meninggalkan kejahatan seterusnya dapat melemahkan niat seseorang untuk melakukan rasuah. The article is about a research paper in the influence of Islamic Work Ethics (IWE) on intention to accept bribes among local governments' employees in Johore. The paper has two objectives; firstly, to determine IWE as the moderating variable in the relationship between the influencing factors and the intention to take bribes. Secondly, it is to identify the values that encompass IWE which demotivate someone's intention to be involved in bribery. The data was obtained quantitatively through distribution of questionnaires and qualitatively through expert interviews. Quantitative data were analyzed using descriptive analysis and qualitative data by themes and patterns analysis. The finding shows that IWE is a moderating factor between Internal Factor and intention to take bribes. The regression coefficient of IWE on "Intention to take bribes" is negative, hence proving that the moderating factor, IWE weakens the "Internal factors" effects on the "Intention to take bribes". There are eight values identified in IWE as the moderating factors, namely Taqwa, Amal Saleh, al-Birr, al-Qist, Ihsan, Masuliyah, Ma'aruf, and Itqan. Comprehension, understanding and implementation of IWE thoroughly and consistently would develop spiritual values among public servants, such as responsibility, dedication, and trustworthiness. Realization of IWE values will encourage someone to do good and avoid evil, subsequently weakens the intention to take bribes.