MOD PENGANGKUTAN BAS TANPA PERMIT (PIRATE): CIRI-CIRI PENGOPERASIAN DAN FAKTOR PENGENDALIAN MOD SEBAGAI PENGANGKUTAN TIDAK FORMAL DI KOTA KINABALU: BUS TRANSPORT MODE WITHOUT PERMIT (PIRATE): OPERATING CHARACTERISTIC AND MODE HANDLING 1&2 FACTORS AS INFORMAL TRANSPORTATION IN KOTA KINABALU
In: Jurnal Kinabalu, S. 101
ISSN: 2600-867X
ABSTRAK Ketidakseimbangan perkhidmatan bas awam di Kota Kinabalu menyebabkan pengguna melihat kepada alternatif lain iaitu pengangkutan tidak formal. Kawasan yang tidak menerima perkhidmatan pengangkutan awam telah mendorong kewujudan perkhidmatan informal iaitu bas tanpa permit yang dikenali sebagai van sapu atau "pirate". Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri pengoperasian mod pengangkutan bas tanpa permit yang terdapat di Kota Kinabalu dan menjelaskan beberapa faktor pengendalian mod sebagai pengangkutan tidak formal. Sumber primer melalui tinjauan soal selidik dan temubual separa berstruktur melibatkan pemandu perkhidmatan bas tanpa permit diaplikasikan dalam penyelidikan ini. Temubual berstruktur juga dijalankan bersama pihak LPKP Sabah bagi memantapkan penemuan kajian. Hasil kajian menunjukkan pengoperasian mod bas tanpa permit yang terdapat di Kota Kinabalu juga mempunyai ciri khusus meliputi beberapa aspek iaitu masa bekerja, pekhidmatan, keselamatan, jenis kenderaan yang digunakan, kadar tambang, laluan pengoperasian dan organisasi pengoperasian mod. Penemuan kajian juga mendapati kesukaran dalam memenuhi polisi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk berkhidmat sebagai pengangkutan awam khususnya berkaitan permohonan kelulusan permit, telah mendorong keputusan para pemandu untuk menjalankan operasi bas tanpa memiliki permit. Faktor lain iaitu faktor sosioekonomi, faktor kewarganegaraan dan faktor keselesaan juga mempengaruhi pengendalian mod sebagai pengangkutan tidak formal. Dapatan kajian ini membantu pihak berkuasa untuk meningkatkan lagi perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada tanpa mengabaikan perkhidmatan tidak formal yang turut memainkan peranan penting dari segi mobiliti penduduk.
ABSTRACT The imbalance of public bus services in Kota Kinabalu has caused consumers to look at other alternatives such as informal transport. Areas that do not receive public transport services have led to the existence of informal services namely buses without permits known as "van sapu" or "pirate". This article aims to identify the characteristic of no-permit bus operation in Kota Kinabalu and to explain some of the factors of the operating a mode of transportation as informal transport. Primary sources through a survey by distributing questionnaires and interviews with the no-permit bus drivers were applied in this research. Structured interviews were also conducted with the LPKP Sabah to enhance the findings of the research. The results show that the operation of unauthorized transportation modes that available in Kota Kinabalu also has specific features including working hours, services, safety, types of vehicles used, fare rates, operating routes and mode of operating organization. The findings of the study also found that the difficulty in complying with the policy set by the government to serve as a public transport especially about permit applications has prompted drivers to decide whether to conduct bus operations without a permit. Other factors such as socioeconomic factors, citizenship and convenience factors also influence the mode of operation as informal transportation. The findings of this research help the authorities to enhance the existing public transport services without ignoring the informal services which also play an important role in terms of mobility of the population.